Tuesday, 20 September 2016

Azan Sebagai Terapi Perubatan Paling Berkesan

Brain waves

Azan sering dikaitkan dengan solat yang mana mengerjakannya pada awal waktu dapat membina gelombang Theta.

Fitrahnya, solat akan didirikan selepas azan. Pada ketika itu bumi berada dalam gelombang Theta.

Oleh itu, solat yang didirikan sejurus selepas azan membuatkan ia termasuk ke dalam gelombang itu.

Secara tidak langsung, tubuh kita akan selari dengan paksi bumi. Hasilnya, solat lebih berkualiti, tenang dan khusyuk.

Apabila sudah berjaya mencapai ke tahap itu, tubuh akan menghasilkan tiga hormon, Melatonin, Endorphin dan Seratonin secara semulajadi.

Ketiga-tiga hormon itu dapat mencegah dan melawan pelbagai penyakit jika dirembaskan dengan betul.

Hormon Melatonin berfungsi sebagai pengawal trafik dalam sistem badan kita seperti mengawal tidur, mengawal tekanan dan mengoksidakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.

Apabila seseorang terkena kanser, bermakna Melatonin tidak mampu lagi mengawal sel-sel badan atau dalam bahasa mudahnya, 'pengawal trafik' gagal menjalankan tugas menyebabkan sel-sel berlanggar sesama sendiri.

Oleh itu, penghidap kanser tahap satu dan dua dinasihatkan sentiasa mempraktikkan azan supaya gelombang otak dapat direndahkan dan hormon Melatonin boleh dihasilkan.

Sementara itu, jika diperhatikan di hospital, pesakit yang berada dalam keadaan sakit, gelisah dan serabut, doktor akan menyuntik morfin sebagai penenang.

Tetapi sebenarnya, tubuh kita sudah memiliki morfin semulajadi untuk ketenangan jiwa yang dikenali sebagai Endorphin atau morfin.

Akhir sekali, hormon Serotonin yang bertindak sebagai agen ceria badan dikeluarkan.

Tanpanya, kita mengalami tekanan dan murung hingga boleh membunuh diri.

Tahukah anda, kesemua hormon-hormon itu hanya boleh di dapati semasa tubuh berada dalam gelombang Theta.

Istimewanya, gelombang itu berkait rapat dengan azan dan solat pada awal waktu kerana keseimbangan tubuh boleh dicapai ke tahap maksimum.

Malangnya, ramai daripada kita bersolat dalam gelombang Beta ataupun solat lewat waktu.

Ia menyebabkan pelbagai penyakit jiwa menimpa.

0 comments:

Post a Comment